Isnin, 4 Februari 2013

ILAHI QURANIC POWER


Sebuah “Metode Ilahi” untuk mengetahui “JUZUK DIRI” daripada 30 juzuk yang terdapat didalam Kitab Al-Quran melalui tarikh lahir. Sesungguhnya telah diketahui bahwasanya Al-Quran adalah RAHMAT kepada seluruh Alam maupun zahir dan batin serta pedoman suci kepada umat islam sejagat.

Asli KHAZANAH UNIK peninggalan murni sejati daripada penemu metode ini iaitu Allahyarham Abah Batam. Beliau juga antara Ulama Nusantara terkenal yang hampir keseluruhan kehidupannya mengajar agama islam di Mekah dan Madinah. Sesungguhnya sangatlah besar jasa beliau di dunia islam dengan metode keilmuan ini. Waris 1st Allahyarham yang memberi ijazah dan mengamanah metode ini kepada pihak saya.

ILAHI QURANIC POWER adalah REVOLUSI kemajuan  “KERAHSIAAN KITABULLAH” daripada metode asalnya iaitu THERAPY QURANIC POWER. Keilmuan I.Q.P tiada khatamnya kerana ianya lahir dari sudut “KERAHSIAAN/SIRRULLAH” dan hanya dengan HAK Allah YANG MAHA RAHSIA mengkhatamnya. Syukur kepada ALLAH S.W.T YANG MAHA SEMPURNA dan Guru Yang Mengetahui kerana memberi bimbingan,dorongan tanpa rasa jemu,penat samaada siang ataupun malam sekaligus meletakkan diri saya di JALAN HAKIKI ILAHI. Semoga pengorbanan sudut rahsia,zahir dan batin Penemu Asal dan Guru Yang Mengetahui akan dibalas baik sepenuhnya di Akhirat kelak.
                        
KEISTIMEWAAN ILAHI QURANIC POWER BUKAN SAHAJA ILMU PENGETAHUAN DIDALAM AL-QURAN DAPAT DIGALI BAHKAN TERDAPAT KEKUATAN SUPRANATURAL YANG LUAR BIASA

KONSEP ILAHI QURANIC POWER

1.   Akses Database/Sumber Keilmuan dan lain-lain manusia itu sendiri maupun daripada Al-Quran.

2.   MAHA ENERGI yang membekalkan/mensuplaikan energi yang sempurna kepada para pengamalnya dan keilmuan-keilmuan yang sedia ada atau dipelajari oleh manusia itu sendiri.

3.   Sebagai SOLUSI kepada permasalahan kehidupan, spiritual, kesihatan dan lain-lain.

4.   Sebagai METODE umum memberdayakan/peningkatan kekuatan dan kuasa.

MANFAAT ILAHI QURANIC POWER

1.   MENGENAL DIRI SENDIRI dengan `KUOTA daripada JUZUK DIRI’
a)   Potensi diri pengamalnya yang belum muncul akan berkembang pesat.
b)   Kelebihan diri pengamalnya yang belum kelihatan juga akan muncul.
c)    Mengetahui juga kelemahan diri sendiri yang sedia ada mahupun yang akan muncul sepanjang pengamalan.
d)   Meningkatkan ghairah hidup/semangat diri individu pengamal itu sendiri.
e)    Sebagai keselamatan bersifat umum & khusus.
f)     Membawa ketenangan yang hakiki.
g)    Meningkatkan kecerdasan E.S.Q.
h)   Benteng diri sendiri daripada perkara-perkara tidak baik maupun niat jahat mahkluk-mahklukNya.

SYARAT-SYARAT UTAMA ILAHI QURANIC POWER

1.   Beragama Islam
2.   Berfikiran matang, waras dan berpendirian
3.   Menjaga KEBERSIHAN DIRI dan KESUCIAN ZAHIR & BATIN
4.   Beramanah
5.   Bertanggungjawab
6.   Pantangan MOLIMO
7.   Mahir membaca Al-Quran dengan Tajwid yang sempurna

PROGRAM ILAHI QURANIC POWER

AHLUL MUBARAK ialah Tahap Asas I.Q.P 
A.   Ritual amalan “JUZUK DIRI”
B.  Metode Penyembuhan dengan “JUZUK DIRI” kepada diri sendiri dan orang lain.
C.  Metode lain-lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan